Satu serangan roket bertubi-tubi telah menggegarkan bandar pelabuhan Israel, Ashdod, pada petang Ahad, dengan sayap ketenteraan Hamas, Briged Al-Qassam mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.
Kumpulan itu menyatakan bahawa serangan tersebut dilancarkan sebagai tindak balas terhadap “pembunuhan beramai-ramai Zionis ke atas orang awam.” Letupan turut dilaporkan berlaku di bandar berdekatan, Ashkelon. Menurut media Israel, tiga pendatang Israel cedera dalam serangan itu dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan.
Sumber: Middle East Eye
t.me/duniapalestin
forwarded from -1001321051400