Sekumpulan besar penunjuk perasaan Mesir menyerbu pintu sempadan Rafah dengan Gaza pada Isnin, sambil melaungkan slogan solidariti bersama rakyat Palestin dan mengecam pencerobohan berterusan oleh rejim penjajah Zionis. Para penunjuk perasaan menuntut agar pintu sempadan itu dibuka serta-merta bagi membolehkan bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan disalurkan ke wilayah yang terkepung itu.
Protes ini berlaku di tengah-tengah krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza, di mana lebih 50,000 orang telah terbunuh sejak serangan Israel bermula pada 2023, menurut pegawai kesihatan. Sekatan yang dikenakan telah menyebabkan lebih 2 juta penduduk Palestin berdepan kekurangan makanan, air dan bekalan perubatan yang kritikal.
Sumber: Middle East Eye
t.me/duniapalestin
forwarded from -1001321051400