POLIS kini mengesan seorang lelaki selepas videonya bersama seekor anjing di dalam sebuah restoran makanan halal 24 jam tular di media sosial.Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata pihaknya mengesahkan telah menerima satu laporan daripada pekerja Restoran Natasha Nasi Kandar Penang di Segamat Baru.Katanya kejadian berlalu pada 11 Mei lalu kirakira pukul 12 tengah hari.Pekerja restoran berkenaan telah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat bagi memberi keterangan dan menyatakan peralatan serta kerusi terlibat telah dibuang katanya dalam satu kenyataan hari ini.Tambahnya usaha mengesan suspek dan siasatan lanjut sedang dijalan pihaknya bersama Majlis Perbandaran Segamat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1970.Kredit laporan berita UtusanTV 1280765796