“Adik-adik saya terpaksa tolak tawaran UMK dan UniSZA kerana nak kerja dulu. Dia cakap Kakak lah belajar dulu, kami tanggung kakak. Nanti kita bergilir-gilir”, jelas adik Nur Ain Najwa sambil kelihatan air mata mengalir dari tepi kelopak matanya.
Nur Ain Najwa adalah salah seorang mangsa tragedi kemalangan bas di Tasik Banding Gerik awal pagi tadi yang amat menyayat hati kita semua. Beliau anak yatim, kehilangan tempat bergantung apabila ayahnya meninggal dunia beberapa tahun lalu. Itupun hanya Arwah hanya bekerja sebagai pomen di sebuah kedai baiki kereta. Ibunya pula sakit, sebelum itu ambil upah cuci rumah tetangga.
Allah takdirkan pertemuan kami dalam suasana sebegini, ketika saya melawat mangsa-mangsa kemalangan di Hospital Gerik pagi tadi. Lebih menghibakan saya, mendengar kisah adik-adik kembarnya yang sanggup berkorban buat kakaknya untuk bekerja mencari nafkah hingga terpaksa menolak tawaran unive
forwarded from Unknown Unknown