Pemuda maut kereta terbabas rempuh tiang elektrikOleh Auzaee Athallah July 3 2025SEORANG lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh tiang elektrik di Kilometer 2 Jalan Cherang RukuTelaga Papan di Pasir Puteh pagi tadi.Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata kejadian berlaku sekitar jam 7 pagi berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku.Mangsa berusia 25 tahun memandu kereta dari arah Telaga Papan menghala ke Cherang Ruku.Apabila sampai di lokasi kejadian mangsa dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar sebatang tiang elektrik katanya dalam satu kenyataan hari ini.Beliau menambah akibat kemalangan itu pemandu kereta terbabit maut di lokasi kejadian.Zaizul Rizal turut menyeru manamana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil ke manamana balai berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik T. Henry Dass di talian 0165072413.Kredit laporan Berita UtusanTV