Pada 30 April 2025, Kelab Perwira Malaysia sekali lagi berjaya melaksanakan misi kemanusiaan hasil daripada sumbangan ikhlas rakyat Malaysia. Kali ini, bantuan berupa pek makanan panas telah diagihkan kepada pelarian di Kem Al-Jundi Al-Majhoul, yang terletak di Barat Gaza. Makanan yang dimasak segar ini amat bermakna bagi mereka yang terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan tanpa akses kepada dapur atau bekalan makanan yang mencukupi.
Seramai 384 keluarga, iaitu sekitar 2200 orang pelarian, telah menerima manfaat daripada agihan ini. Terima kasih diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus menyokong usaha ini.
bit.ly/korbanperwira2025
forwarded from Dunia Palestin 1321051400