Penunggang Motosikal Maut Rempuh Tembok di Tumpat, Disyaki Alami Sawan
KELANTAN, 5 Mei 2025 – Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai merempuh tembok dalam kejadian di Kampung Neting, Tumpat malam semalam.
Menurut maklumat awal yang tular di media sosial, mangsa dikatakan sedang menunggang motosikal sebelum secara tiba-tiba hilang kawalan dan melanggar tembok berhampiran kawasan perkampungan tersebut.
Sumber awam mendakwa mangsa dipercayai mengalami serangan sawan ketika sedang menunggang, menyebabkan insiden tragis itu berlaku.
Setakat ini, identiti mangsa belum didedahkan pihak berkuasa dan tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh polis berkaitan kejadian tersebut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan.
Mynewshub akan mengemas kini laporan ini sebaik sahaja maklumat rasmi diterima daripada pihak berkuasa. - MYNEWSHUB
forwarded from KoleksiWildTerbaikk 1503109569