PELJAR HISAP VAPE DI SURAU: PIHAK SEKOLAH AMBIL TINDAKAN TEGAS
AMPANG, 8 Mei 2025 – Pihak pengurusan SMK Darul Ehsan menyatakan kekesalan terhadap tindakan segelintir pelajar yang didapati menghisap vape di kawasan surau sekolah baru-baru ini, sambil menegaskan bahawa tindakan disiplin tegas akan dikenakan ke atas mereka yang terlibat.
Dalam satu kenyataan rasmi, pihak sekolah menegaskan bahawa perbuatan tersebut bukan sahaja mencemarkan kesucian surau sebagai rumah ibadah, malah jelas melanggar peraturan sekolah dan undang-undang sedia ada berkaitan penggunaan rokok elektronik.
“Surau merupakan tempat suci untuk beribadah dan harus dihormati oleh semua warga sekolah.
"Tindakan ini bukan sahaja mencemarkan kesucian rumah Allah, tetapi juga melanggar peraturan sekolah serta undang-undang yang berkaitan,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, pelajar-pelajar yang terlibat akan dikenakan tindakan disipl
forwarded from Suai2 702582843