Penduduk Palestin di Gaza tidak mempunyai pilihan selain berbuka puasa di antara runtuhan bangunan sepanjang bulan Ramadan.
Dalam wawancara bersama Middle East Eye, Raed Abu Amouna berkongsi bahawa keluarganya terpaksa berbuka puasa di atas runtuhan, tanpa “tempat berteduh” untuk berkumpul. Walaupun menghadapi kehancuran, beliau bertekad untuk tetap tinggal di rumah mereka, walaupun ia “menjadi abu”.
Abu Amouna menyeru dunia agar berdiri bersama rakyat Palestin, sambil memberi amaran: “Kerana esok, perkara yang sama yang menimpa rakyat Palestin boleh berlaku kepada mereka.”
Sumber: Middle East Eye
t.me/duniapalestin
forwarded from -1001321051400