Dua wanita 'kantoi' curi bungkusan
JOHOR BAHRU – Kegiatan ‘mencuri’ bungkusan di sebuah rumah di sini akhirnya membawa padah kepada dua wanita apabila dicekup oleh seorang lelaki yang dipercayai tuan rumah berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, kegiatan mereka terbongkar apabila berjaya ditangkap oleh tuan rumah di Seri Alam, Masai, pada Jumaat lalu.
Katanya, kejadian itu dilaporkan oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 44 tahun yang dipercayai menjadi mangsa kecurian bungkusan-bungkusan berkenaan.
"Tangkapan terhadap kedua-dua wanita itu dipercayai berlaku pada jam 3.49 petang susulan tular video dua wanita berkenaan yang berjaya ditangkap.
"Pihak polis juga telah menerima video kejadian tersebut yang tular di laman sosial Facebook dengan durasi satu minit 31 saat.
"Hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 3.49 petang, Jumaat lalu,” ka
forwarded from Unknown Unknown