Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Pihak sekolah memandang serius kesalahan menghisap vape yang berlaku di kawasan surau baru-baru ini. Surau merupakan tempat suci untuk beribadah dan harus dihormati oleh semua warga sekolah. Tindakan ini bukan sahaja mencemarkan kesucian rumah Allah, tetapi juga melanggar peraturan sekolah serta undang-undang yang berkaitan.
Sehubungan itu, pihak sekolah akan mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya terhadap pelajar yang terlibat, mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Pihak sekolah juga akan mempertingkat pemantauan dan menjalankan program kesedaran bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang.
Kami menyeru semua pelajar agar sentiasa menjaga adab dan mematuhi peraturan demi kebaikan bersama.
SUMBER ➡️ SMK DARUL EHSAN RASMI
forwarded from KoleksiWildTerbaikk 1503109569