Kumpulan Palestin, Hamas telah mengarahkan peguam Britain untuk membuat rayuan terhadap keputusan UK pada tahun 2021 yang menyenaraikan gerakan itu sebagai organisasi pengganas, menurut pendedahan Middle East Eye (MEE).
Dokumen guaman yang dilihat oleh MEE menunjukkan bahawa Mousa Abu Marzouk, ketua pejabat hubungan luar Hamas, telah mengarahkan peguam untuk mencabar keputusan kontroversi oleh bekas Setiausaha Dalam Negeri UK, Priti Patel, yang menyenaraikan keseluruhan Hamas sebagai entiti yang diharamkan.
Sayap ketenteraan Hamas, Briged Al-Qassam telah pun diharamkan oleh UK lebih dua dekad lalu, namun Patel memutuskan untuk meluaskan larangan itu ke atas keseluruhan organisasi, dengan alasan tiada lagi perbezaan antara sayap politik dan ketenteraan kumpulan tersebut.
Peguam yang terlibat dalam kes ini menegaskan bahawa Hamas tidak membayar mereka atau mana-mana pakar dan peguam yang menyumbang bukti dalam
forwarded from -1001321051400