Lelaki parah treler terbabas masuk parit sedalam dua meterOleh Farwizah Samsudin February 20 2025SEORANG lelaki cedera parah selepas treler yang dipandu terbalik ke dalam parit sedalam dua meter di Jalan Parit 10 Pasir Panjang dekat Sekinchan pagi tadi.Penolong Pengarah Operasi Penguasa Kanan Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 9.44 pagiSepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan serta Sungai Besar telah dikerahkan ke lokasi kejadian.Bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori bermuatan papan kadbod yang telah terbabas dan terbalik ke dalam parit bekedalaman dua meter.Pemeriksaan mendapati seorang lelaki India berusia 23 tahun tersepit di bahagian pemandu dan mengalami cedera parah katanya dalam satu kenyataan hari ini.Jelasnya mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 11.05 pagi dan telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut.Kredit laporan berita UtusanTV