Pemandu Honda Accord kuning Along Kubur direman 7 hariBatu Pahat Pemandu Honda Accord berwarna kuning dikenali dengan panggilan Along Kubur yang tular selepas dikejar polis di Kluang direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman terhadap tertuduh berusia 40an bermula hari ini sehingga Jumaat depan membabitkan empat seksyen termasuk cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.Selain itu siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15 1 a Akta Dadah Berbahaya ADB 1952 Seksyen 442 dan Seksyen 441 Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan.Terdahulu suspek memiliki 15 rekod lampau termasuk mengedar dadah tiba di pekarangan mahkamah pada 9.15 pagi diiringi anggota polis sebelum dibawa masuk ke dalam kamar.Disiarkan pada Februari 15 2025 @ 1057amAlias Abd Raniam@hmetro.com.myArtikel Harian Metro #infosemasa @infosemasaofficial