PEJABAT AMAN PALESTIN DI GAZA MUSNAH AKIBAT SERANGAN ISRAEL
Khamis, 4 April 2024 - Mendapat khabar duka daripada Ir Omar Seyam, CEO Aman Palestin di Gaza, beliau baru berkesempatan melihat sendiri keadaan pejabat Aman Palestin yang terletak di Bandar Gaza setelah 180 hari serangan gila pengganas Israel.
Rakaman video jelas menunjukkan kemusnahan yang teruk akibat serangan puak penjajah. Ini merupakan salah satu daripada ratusan ribu bangunan yang dimusnahkan sejak bermulanya Perang Taufan Al-Aqsa.
Aman Palestin merupakan organisasi kemanusiaan Malaysia yang pertama membuka pejabat operasi di Gaza sejak tahun 2009 bagi memudahkan pengurusan serta penyaluran bantuan kemanusiaan di lapangan.
Sumber: Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
forwarded from -1001321051400