Polis buru penjenayah pecah masuk restoran curi RM500Oleh Hisham Idris May 3 2025POLIS kini giat memburu suspek yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian pecah masuk sebuah restoran di Taman Puteri Wangsa Ulu Tiram Johor Rabu lalu.Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Superintendan Azrulhisham Mohd Shaffie berkata video tular itu dikesan pada pukul 2.20 petang hari ini.Katanya satu laporan polis telah diterima daripada pengadu yang merupakan seorang wanita tempatan berusia 38 tahun pada 30 April lalu.Pengadu memaklumkan restoran miliknya telah dipecah masuk dan mengalami kerugian sebanyak RM500 katanya dalam satu kenyataan hari ini.Kes kini disiasat di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan dan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan.Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 072182323.Kredit laporan berita UtusanTV