Dua peluru berpandu Israel mengenai sebuah bangunan di dalam sebuah hospital utama di Gaza pada hari Ahad (13 April), memusnahkan jabatan kecemasan dan penerimaan serta merosakkan struktur lain, menurut petugas perubatan.
Pegawai kesihatan di Hospital Al-Ahli Arab Baptist telah memindahkan pesakit dari bangunan itu selepas seorang individu berkata beliau menerima panggilan daripada seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai anggota keselamatan Israel sejurus sebelum serangan berlaku.
Seorang pesakit yang dipindahkan dari hospital itu berkata dia berasa amat takut dan tidak mempunyai tempat lain untuk dituju.
Tiada kematian dilaporkan, menurut perkhidmatan kecemasan awam.
#AWANInews
forwarded from Suai2 702582843